Thursday 28 March 2013


ACARA 200 METER

Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acara 200 meter atlet mesti memperolehi teknik larian yang  betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan dilari pada bahagaian selekoh.

Jika berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian, supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh; iaitu 5 – 6 meter melepasi garisan.

BERLARI  ATAS SELEKOH

Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal   force) mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar.

Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan   sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.

Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih     berkordinasi.

BERLARI DI LORONG LURUS

Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada   bahagian lorong lurus.
Lebih kurang antara 80 – 120 meter dari garisan permulaan, iaitu di antara  garisan selekoh dan bahagian lurus atlet akan mencapai puncak kelajuannya.

Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan   bahu kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi   dapat berlari dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan    kelajuan yang telah dicapai.


No comments:

Post a Comment