Wednesday 27 March 2013

 ACARA 100 METER

Untuk acara 100 meter, larian ini terbahagi kepada 4 fasa:

1.      Mulaan
2.      Penambahan kelajuan (pick-up)
3.      Pelajuan (acceleration)
4.      Kelajuan maksimum

FASA MULAAN

Atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian. Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh.

PENAMBAHAN KELAJUAN (Pikc-up)

Tujuh hingga lapan langkah yang pertama dipanggil penambahan kelajuan kerana posisi yang diambil oleh atlet dalam fasa ini adalah berbeza daripada permulaan larian. Fasa ini dipanggil pick-up kerana terdapat variasi berlebihan dalam kelajuan pada langkah-langkahnya dalam jarak pendek lebih kurang 10 meter iaitu atlet maju daripada kelajuan kosong kepada lebih kurang 9 meter sesaat.

PELAJUAN

Kelajuan atlet bertambah sebanyak lebih kurang 30-35 meter selepas fasa pick-up.

KELAJUAN MAKSIMUM

Kelajuan maksimum adalah kelajuan atlet masih terkawal iaitu dia tidak terlebih berlari dan aksi lariannya adalah mudah dan licin. Selepas mencapai kelajuan maksimum, atlet harus meneruskan larian dengan tenang untuk mengekalkan kelajuan yang telah dicapai sehingga tamat larian.

PENGHABISAN

Untuk langkah terakhir atlet haruslah menonjolkan dada ke hadapan sementara lengan tegak ke belakang untuk menyentuh satah tegak tepi garisan penamat.

PENGGUNAAN BLOK DI DALAM ACARA 100 METER

Apabila acara 100 meter dijalankan, penggunaan blok adalah amat penting untuk membantu pelari pecut. Oleh yang demikian, kedudukan blok haruslah betul, iaitu untuk acara 100 meter blok perlu diletakkan di tengah-tengah lorong.

No comments:

Post a Comment