Sunday 31 March 2013


ACARA 400 METER

Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih memerlukan keupayaan atlet mencapai puncak kelajuan. Dalam acara 400 meter  pelari-pelari berlari dalam satu pusingan trek.
Bagi memudahkan larian, jarak 400 meter ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus memperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk 200 meter kedua.

Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan dan larian pada selokoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lorong lurus yang pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua dan akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Semasa berlari untuk acara ini, pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun daripada penonton. Kesimpulannya, penggunaan strategi Iarian yang bersesuaian terutama sekali untuk acara pecut seperti 400 meter, adalah perlu dan penting. Sekali lagi ditegaskan bahawa adalah tidak mungkin seorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang sama sepanjang jarak itu.

BERLARI DALAM ACARA 400 METER

Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan   oleh atlet dalam jarak yang lebih pendek.

Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya    bertambah secara beransur-ansur.
Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha   untuk mendapatkan  suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter   yang awal.

Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum  dicapai dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter   dan 200 meter).
Atlet kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal.

Atlet hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.

No comments:

Post a Comment