LARI PECUT
TEKNIK LARI PECUT
Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan
larian iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian
gaya berdiri bagi acara pecut.
a. Gaya berdiri
i. Persediaan
· Peserta
bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke
garisan' diberi.
ii. Ke
garisan
· Pelari
bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan
mula
tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan
mengimbangkan
badan.
· bengkokkan
kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
· condongkan
badan ke hadapan.
· kedua-dua
belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.
iii. Sedia
· condongan
badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
· bengkokkan
lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.
· badan
tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.
iv. Mula
· Pelari
mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki
hadapan.
No comments:
Post a Comment