Monday 1 April 2013

LARI PECUT

Peraturan / undang-undang lari pecut

1.      Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa spring yang boleh membantu pelari.
2.      Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu.
3.      Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau kaki.
4.      Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam, kedua-dua tanah hendaklah menyentuh tanah.
5.      Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal.
6.      Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali kedua, dia akan dibatalkan terus.
7.      Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awal hingga akhir.
8.      Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya pada pita penamat dikira pemenang

Prinsip-prinsip asas larian pecut adalah seperti berikut :

A.   berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki
B.   kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut
C.   tangan digerakkan dengan pantas
D.   leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan )

No comments:

Post a Comment